Thursday, July 1, 2010

SIGNAGE

  1. START=PERMULAAN
  2. MANDATORY OBSTACLE= TIDAK BOLEH DILALUI(WAJIB NAIK KE DARAT)
  3. EMBARKMENT ZONE=ZON NAIK KE DARAT
  4. DISEMBARKMENT ZONE=ZON TURUN SEMULA KE AIR
  5. CAUTIOUS ZONE=BEWARE/BERHATI-HATI(MUNGKIN BAHAYA DI HADAPAN)
  6. SPRINT ZONE START=ZON PECUT BERMULA
  7. SPRINT ZONE FINISH=ZON PECUT BERAKHIR
  8. 1000M TO FINISH=1000M MENGHAMPIRI PENAMAT
  9. FINISH=PENAMAT


Laluan terbaru untuk Peserta Kejohanan AKAR Jerlun 2010. Beberapa halangan telah diubahsuai kepada halangan mandatori dimana peserta dilarang sama sekali melalui laluan yang telah ditandakan dengan papan tanda berwarna merah(EMBARKMENT ZONE) di setiap tandop atau halangan manakala papan tanda berwarna merah(DISEMBARKMENT ZONE) bermakna peserta boleh turun semula ke terusan atau tali air untuk meneruskan kayuhan. Papan tanda berwarna kuning(CAUTIOUS ZONE) bermakna peserta perlu mengambil langkah berjaga-jaga kerana kemungkinan bahaya di hadapan. Zon pecut akan bermula apabila peserta melalui papan tanda berwarna oren(SPRINT ZONE START) dan berakhir di (SPRINT ZONE END). Manakala papan tanda berwarna hijau(1000M to FINISH) bermakna 1000 meter menghala ke penamat

Friday, June 18, 2010

LALUAN 3 ACARA KAYAK AKAR JERLUN 2010

Acara pada 25 Julai 2010 merupakan acara terakhir. Peserta akan memulakan kayuhan di Alor Biak dan akan berakhir di Kuala Tunjang sejauh 25.5km. Di laluan ini memberi cabaran kepada peserta dengan tandop(halangan) dan lauan sukar yang banyak selain jarak yang panjang. Acara penutupan kejohanan akan berlangsung di penamat laluan ini (Kuala Tunjang)

LALUAN 2 ACARA KAYAK AKAR JERLUN 2010


Acara pada 24 Julai 2010 adalah marathon berpasukan yang akan bermula di Gua Kerbau dan akan berakhir di Kuala Kerpan dimana peserta akan melalui 4 buah tandop(halangan) sebelum sampai ke penamat. Peserta akan keluar dari kayak dan berlari di atas daratan sebelum menyambung kayuhan setelah melintasi tandop. Krew sokongan akan bertindak sebagai pembantu peserta sepanjang aktiviti berlangsung dimana krew sokongan perlu membantu mengangkat kayak semasa peserta tiba di tandop. Krew sokongan akan menggunakan laluan darat untuk bergerak dari satu tandop ke tandop yang lain menggunakan kenderaan motosikal yang akan disediakan. Kreativiti adalah bergantung kepada setiap ahli pasukan untuk menghabiskan kayuhan sepanjang 23.5km sepantas mungkin.

LALUAN 1 ACARA KAYAK AKAR JERLUN 2010

Acara akan bermula pada 23 Julai 2010 di Gua Kerbau. Peserta akan berkayuh sejauh 1.5km pergi dan balik (3km) dan masa akan dicatat.

Wednesday, June 9, 2010

HAD PENYERTAAN

1. Penyertaan kejohanan ini adalah terhad kepada:
1.1. Kategori terbuka kebangsaan 20 pasukan sahaja
1.2. Kategori IPT 15 pasukan sahaja
1.3. Kategori IPG 15 pasukan sahaja
1.4. Kategori Tertutup Kedah 10 pasukan sahaja

2. Sehubungan itu, pasukan yang berminat haruslah mendaftarkan penyertaan pasukannya secara bertulis berserta bayaran penyertaan selewat-lewatnya sebelum jam 5.00 petang, 7 Julai 2010 (Rabu).

3. Sila alamatkan borang penyertaan pasukan anda ke:

PUSAT PENDAFTARAN
KEJOHANAN AKAR JERLUN 2010
D-6-13, Casa Tropicana,
5 Jalan Persiaran Tropicana,
Tropicana Golf & Country Resort,
PJU 3, 47410 Petaling Jaya,
Selangor.

Faks: 03-78850827,
Telefon: 03-78850829
Email: akarjerlun@gmail.com
Facebook: Akar jerlun


HADIAH

1. Hadiah melebihi RM 60 ribu yang berbentuk wang tunai, barangan dan cenderahati disediakan untuk pemenang Kejohanan AKAR Jerlun 2010. Perinciannya adalah seperti berikut:

Acara Terbuka Kebangsaan
Tempat Pertama : RM 10 000 (keseluruhan)
: RM 500 (harian)
Tempat Kedua : RM 5 000 (keseluruhan)
: RM 350 (harian)
Tempat Ketiga : RM 3 000 (keseluruhan)
: RM 200 (harian)
Tempat Keempat : RM 1 000
Tempat Kelima : RM 500
Tempat Keenam : RM 500
Tempat Ketujuh : RM 500
Tempat Kelapan : RM 500

ACARA IPT
Tempat Pertama : RM 4 000 (keseluruhan)
: RM 400 (harian)
Tempat Kedua : RM 2 500 (keseluruhan)
: RM 300 (harian)
Tempat Ketiga : RM 1 000 (keseluruhan)
: RM 150 (harian)
Tempat Keempat : RM 750
Tempat Kelima : RM 400
Tempat Keenam : RM 400
Tempat Ketujuh : RM 400
Tempat Kelapan : RM 400

Acara IPG
Tempat Pertama : RM 3000 (keseluruhan)
: RM 400 (harian)
Tempat Kedua : RM 2000 (keseluruhan)
: RM 300 (harian)
Tempat Ketiga : RM 1 000 (keseluruhan)
: RM 150 (harian)
Tempat Keempat : RM 750
Tempat Kelima : RM 400
Tempat Keenam : RM 400
Tempat Ketujuh : RM 400
Tempat Kelapan : RM 400

Acara Tertutup Kedah
Tempat Pertama : RM 2 000 (keseluruhan)
: RM 300 (harian)
Tempat Kedua : RM 1 000 (keseluruhan)
: RM 200 (harian)
Tempat Ketiga : RM 700 (keseluruhan)
: RM 100 (harian)
Tempat Keempat : RM 500

2. Hadiah tempat kelima dan kelapan hanya akan disediakan sekiranya terdapat lebih dari 10 penyertaan dalam setiap kategori.
3. Setiap peserta yang berjaya menamatkan pertandingan akan diberikan pingat Kejohanan AKAR Jerlun 2010.
4. Pihak penganjur juga akan menyediakan hadiah dalam bentuk barangan penaja (sekiranya mendapat tajaan).
5. Di dalam kes-kes tertentu, pihak penganjur berhak meminda jumlah hadiah yang ditawarkan pada bila-bila masa sahaja tanpa memaklumkan kepada peserta.